Monday, January 7, 2013

Update Terbaru

Tahun 2012 telah mengukir pelbagai kenangan manis dalam keluarga Bahari-Salmiah. Peristiwa terbesar yg berlaku dalam keluarga pada tahun 2012 adalah majlis pernikahan perkahwinan anak bongsu Haji Bahari & Hajah Salmiah, Norliza atau Nonik, pada 10 & 11 Mac 2012. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Mesyuarat keluarga telah diadakan pada malam pernikahan.

Pada 19 Mei 2012 pula, anak kedua pasangan Bahari-Salmiah, Mohd Baidi telah menerima menantu kedua dalam keluarga beliau yg mana anak sulung beliau, Amir Firdaus telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya, Adibah. Majlis pihak lelaki di Sg Petani telah diadakan pada 29 Mei 2012. 

Dan pada tahun baru 2013 ini, mesyuarat keluarga bakal diadakan di kediaman anak ketiga pasangan Haji Bahari dan Hajah Salmiah, Mohd Mokmin di Taman Kajang Prima, Kajang, Selangor. Aktiviti menarik yg berlainan dari aktiviti tahun-tahun sebelum ini telah dirancang dan harapannya, majoriti ahli keluarga dari semua generasi dapat menghadirkan diri.

Selain itu, keluarga ini juga telah menerima kehadiran ahli baru pada 7 Januari 2013 yg mana anak kedua Mohd Baidi, Amir Sofi dan isteri, Fatin Hanis telah pun mendapat seorang anak perempuan. Alhamdulillah dan tahniah. InsyaAllah, tahun 2013 ini keluarga besar kita akan menerima kehadiran sekurang-kurangnya 3 orang lagi bayi. Makin meriahlah keluarga kita nanti. Harapannya semoga semua selamatlah yea.. :)

Ok, rasanya setakat ini dulu update untuk kali ni. Harap dapatlah kita semua berjumpa masa Family Gathering di Kajang Prima masa Tahun Baru Cina (10-11 Februari 2013) nanti yea..

Sekian, Wassalam..

Tuesday, February 8, 2011

Kepada saudara2ku sekalian

Mintak kerjasama semua..
Sila hantar artikel yang berkaitan tentang diri masing2 sama ada dalam bentuk biodata ke, biografi ke, resume ke, novel, cerpen, tesis, jurnal pon tak pe..
Apa yang penting... Kerjasama
1. cerita tentang diri dari mula sampai ke sekarang
2. gambar2 yang berkaitan, dengan keluarga, diri, pasangan, anak2, menantu2, cucu2 dsb
3. Link ke website kalau ada, ke facebook pon bleh
4. Kalau boleh dalam word...
Selain itu, kalau ada pengalaman terutamanya ngan arwah bapak, ngan mak, ngan adik beradik, ngan kampung yang nak dikongsi bersama pon boleh dihantar ke email: w_khai@yahoo.com, buat sementara, sebelum ada moderator tetap yang boleh memberi komitmen sepenuhnya..
Aku akan update sekiranya ada artikel baru.. untuk pengalaman, akan diletak pada front pages, tentang diri akan dimasukkan ke dalam pages diri masing2

Monday, February 7, 2011

Selamat Pulang Dari Bercuti

Setelah berkampung di rumah bibik Nik 4 dan 5hb, berpisah kita untuk bertemu kembali pada, insya-Allah 28 Mei dan 4 Jun ini sempena majlis perkahwinan generasi kedua kita, Amir Sofi bin Mohd Baidi dan Azimatul Saadah binti Mohd Mokmin.
Letih drive tak hilang lagi, syukurlah semuanya selamat sampai ke tempat masing2.
Kepada semua ahli keluarga, semoga dapatlah kiranya ahli keluarga masing-masing menghantar artikel tentang keluarga masing2 untuk ditampalkan di page yang disediakan.

Saturday, February 5, 2011

Dibuka buat kali pertama pada pukul 8:25 pm, hari Sabtu, 5hb Februari 2011. Semoga blog ini dapat dijadikan tempat untuk kita semua ahli keluarga, anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan seterusnya untuk berinteraksi