Monday, January 7, 2013

Update Terbaru

Tahun 2012 telah mengukir pelbagai kenangan manis dalam keluarga Bahari-Salmiah. Peristiwa terbesar yg berlaku dalam keluarga pada tahun 2012 adalah majlis pernikahan perkahwinan anak bongsu Haji Bahari & Hajah Salmiah, Norliza atau Nonik, pada 10 & 11 Mac 2012. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Mesyuarat keluarga telah diadakan pada malam pernikahan.

Pada 19 Mei 2012 pula, anak kedua pasangan Bahari-Salmiah, Mohd Baidi telah menerima menantu kedua dalam keluarga beliau yg mana anak sulung beliau, Amir Firdaus telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya, Adibah. Majlis pihak lelaki di Sg Petani telah diadakan pada 29 Mei 2012. 

Dan pada tahun baru 2013 ini, mesyuarat keluarga bakal diadakan di kediaman anak ketiga pasangan Haji Bahari dan Hajah Salmiah, Mohd Mokmin di Taman Kajang Prima, Kajang, Selangor. Aktiviti menarik yg berlainan dari aktiviti tahun-tahun sebelum ini telah dirancang dan harapannya, majoriti ahli keluarga dari semua generasi dapat menghadirkan diri.

Selain itu, keluarga ini juga telah menerima kehadiran ahli baru pada 7 Januari 2013 yg mana anak kedua Mohd Baidi, Amir Sofi dan isteri, Fatin Hanis telah pun mendapat seorang anak perempuan. Alhamdulillah dan tahniah. InsyaAllah, tahun 2013 ini keluarga besar kita akan menerima kehadiran sekurang-kurangnya 3 orang lagi bayi. Makin meriahlah keluarga kita nanti. Harapannya semoga semua selamatlah yea.. :)

Ok, rasanya setakat ini dulu update untuk kali ni. Harap dapatlah kita semua berjumpa masa Family Gathering di Kajang Prima masa Tahun Baru Cina (10-11 Februari 2013) nanti yea..

Sekian, Wassalam..

No comments:

Post a Comment